top of page

Program ini dianjurkan oleh MTF untuk pelajar - pelajar dan ibupada bagi memahami betapa pentingnya dan bernilai untuk menjadi hafiz al-quran. Program ini akan dikendali oleh Maulana Razif Bin Bin Abd. Wahab dan Maulana Abdullah dari Madrasah Mifahul-Uloom, Masjid Jamek, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur. Ini merupakan siri ke-2 untuk program ini yang mana kali pertamanya telah dilaksanakan pada bulan Januari 2013 yang lepas.

​

Oleh itu, pihak madrasah amatlah berharap untuk menjemput semua ibubapa pelajar untuk hadir sama pada majlis tersebut supaya dapat mengambil manafaat daripada program yang dilaksanankan. Insyallah makan dan minum akan disediakan.

BERITA & AKTIVITI

Posted Sept 2, 2013

Istiqmak Madrasah Markas Batu Pahat, Johor

Perhimpunan Madrasah Tahfiz bagi seluruh Markas Batu Pahat, Johor telah diadakan pada Hari Ahad 1hb Sept 2013 bertempat di Madrasah Tahfiz Al-Fath, Kundang Ulu, Ledang, Johor. Kira - kira 220 pelajar menghadiri jord tersebut berserta orang awam (karkun). Jemputan Khas Maulana Abdul Rahman dan Maulana Usama daripada Madrasah Sinaran Baru untuk Bayan Targib. Turut hadir syurah Batu Pahat iaitu Cikgu Marsal selaku wakil bagi pihak Syurah. Alhamdulilah, majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dimulakan dengan pembacaan Taklim oleh pelajar Tahfiz Al-Fath sehingga pukul 9.45 pagi dan disambungan oleh Syurah Batu Pahat iaitu Cikgu Marsal menerangkan maksud diadakan istiqmat ini.  Majlis berterusan dengan bayan tarqib kerja dan maksud kerja agama oleh Maulana daripada Markas Sinaran Baru. Selepas Zohor para hadirian dijamu dengan Nasi Bryani yang dimasak khas oleh Pak Yusuf (Sagil, Tangkak) dibantu dengan karkun tempatan termasuk pakistan dan bangladesh gersik. Selepas jord yang disudahi dengan doa oleh maulana, hujan turun dengan lebatnya dan diharap perhimpunan ini mendapat keberkatan dan sumber hidayat daripada Allah s.w.t

 

Program Pelajar & Ibubapa bersama Ulama Sri Petaling

Posted Mei 15, 2013

Kenaikan Yuran Bulanan Pelajar Madrasah Tahfiz Al-Fath.

 

Setelah bermesyuarat dengan Ahli Lembaga Tadbir MTF dan ibupada pelajar, MTF telah mengambil keputusan untuk menaikkan yuran bulanan pelajar daripada RM170.00 kepada RM230.00 sebulan. Kenaikan berikut adalah kerana kenaikan elaun kakitangan MTF (minimum RM900.00) dan juga di atas kenaikan harga barangan kantin yang tidak mampu tanggung oleh pihak madrasah. Justeru itu, diharap dengan kenaikan tersebut dapat meningkatkan lagi kualiti pengurusan MTF disamping untuk tabungan pembangunan Asrama 2 Tingkat yang masih lagi ditangguhkan memandangkan sumber kewangan masih belum lagi mencukupi. Kami juga berharap dengan kenaikan yuran tersebut tidak akan membebani ibupada pelajar. Wassalam

bottom of page