top of page

Dari Susur Keluar Tol Tangkak:

​

Selepas membuat pembayaran tol (biasanya yang datang dari sebelah utara), pada simpang pertama, belok ke kanan dan menuju ke bandar Tangkak. Anda akan menempuhi 2 lampu isyarat. Pada lampu isyarat yang ke-2 sila belok ke kanan dan teruskan perjalanan kenderaan anda sejauh lebih kurang 15 km. Anda akan melalui kawasan kampung dan jalan yang berselekoh. Hendaklah berhati-hati ketika melalui kawasan ini terutamanya terdapat lembu yang kekadang melintas jalan. Setibanya di simpang tiga, belok ke kiri menuju ke Pekan Bukit Gambir. Anda akan melalui 2 lampu isyarat. Pastikan anda bergerak terus tanpa belok kiri atau ke kanan. Teruskan pemanduan anda (lebih kurang 22 km) ke pekan Kundang Ulu. Apabila anda menjumpai Balai Polis Kundang Ulu yang betul-betul di simpang tiga, sila belik ke kiri dan teruskan perjalanan anda sejauh (lebih kurang 5 km) sehingga berjumpa simpang tiga kemudian belok ke kiri (jika terus akan menuju kg. teluk penchu). Teruskan perjalanan anda sejauh lebih kurang 3.5 km dan perhatikan pada sebelah kanan anda, insyallah anda akan nampak madrasah MTF.



Dari Susur Keluar Tol Pagoh:



Selepas membuat pembayaran tol (biasanya yang datang dari sebelah utara), pada simpang pertama, belok ke kiri dan kemudian pada simpang pertama, sila belok ke kiri dan menuju ke pekan Panchor. Teruskan perjalan anda sehingga bertemu pada penghujung jalan simpang tiga. Belok ke kanan (di depan simpang anda akan melihat stesen minyak BP) dan teruskan pemanduan ke arah Pekan Kundang Ulu. Apabila anda menjumpai Balai Polis Kundang Ulu yang betul-betul di simpang tiga, sila belik ke kiri dan teruskan perjalanan anda sejauh (lebih kurang 5 km) sehingga berjumpa simpang tiga kemudian belok ke kiri (jika terus akan menuju kg. teluk penchu). Teruskan perjalanan anda sejauh lebih kurang 3.5 km dan perhatikan pada sebelah kanan anda, insyallah anda akan nampak madrasah MTF.





Hubungi Kami

Lawati Kami

ARAHAN PEMANDUAN:

Tel : 06-9727397
H/p :013-7777323 (Mohd Saufi Hassan)

        :013-3457763 (Ust Halim)

​

​

Kg. Pt. Sawah, 84710 Kundang Ulu,

Ledang, Johor Darul Takzim

Success! Message received.

bottom of page